NADIxMAHIR - Kelas Mahir Pertanian
10 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 9 September 2025, Kelas NADIxMAHIR - Mahir Pertanian telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Jerijeh. Kelas telah diadakan menggunakan aplikasi Zoom mengikut kelas yang disediakan di portal Mahir Training System (MTS). Modul Pertanian Pintar berdasarkan rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian.
Modul ini menitikberatkan pada penggunaan data, analitik, dan alat cerdas untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif. Topik pada sesi kali ini adalah semaian benih terung. Kelas ini berlangsung sekitar jam 3.00 petang sehingga jam 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: